Tuesday, May 27, 2014

Cerita Kisah Air Mata



Kisah Air mata.
Ada satu cerita pasal air mata…. Dari Prof Madya Dr. Rusinah Siron,

“Puan, saya ni gunakan air mata untuk dapat perhatian dan kasih serta kashihan suami pada saya. Sebab suami saya tu lemah hati dan lemah semangat kalau tengok saya menangis. Tambah-tambah lagi saya enjut-enjut bahu saya dan teresak-esak menangis, dia terus lemah dan taku nak buat perangai. Baru dia tau kekuatan air mata saya”. Pulak dah! Air mata sebagai senjata ya…..
          Tapi hati-hati takut senjata makan puan pula. 

Ada lagi satu cerita yang  suami dia terlupa beli hadiah hari lahir sangat diinginkan isteri, isteri gunakan 2M iaitu MENANGIS & MERAJUK. Suami tegur sikit, keluar lagi senjata 2M kita iaitu “MUNCUNG & MERAGAM”sampai “puasa” si suami lahir batin.
          Kasihan suami tu, dok melayan kita menangis,merajuk,muncug & meragam.
Mula-mula dia seram sejuklah. Tapi lepas tu, kerap sangat kita dengan 4M tu, hah! Dia pun buatlah projek 4K diat tu, KELUAR RUMAH, pergi KEDAI MAKAN, pandu KERETA LAJU-LAJU (silap-silap bawa, janda kita nanti) dan KAHWIN LAGI!, baru padan muka kita, dok asyik guna senjata 4M tu, boleh tak kita lawan senjata suami yang 4K!.
Ladies, tak payah buang-buang air mata, ceriakan hidup dengan 4P ya – POSITIF, PROAKTIF, PRODUKTIF & PROGRESSIF  dan elakkan senjata 4M tu. Jadilah wanita yang ceria dan kurangkan airmata sayu dan derita tapi jika air mata positif kerana bahagia dan Berjaya, keluarkan banyak-banyak ya.

No comments:

Post a Comment