Friday, November 5, 2010

Tentang Kolagen

Masa saya kecil saya bukan budak perempuan yang comel. Bukan sebab ibu tak pakaikan baju-baju yang comel untuk saya, tapi saya memang lasak dan tak feminin. Jadi dari lahir baby comel dah besar sikit jadila budak perempuan comot. Berseluar panjang sepanjang masa dan suka aktiviti outdoor. Bab-bab ketrampilan langsung tak ambil pusing apatah lagi nak main anak patung. Kirim salam. Dan bermain di padang memang satu kemestian apatah lagi bila saya wakil negeri Melaka untuk sukan hoki masa darjah 5 dan 6. Punyalah suka sukan nasib baik tak kantoi UPSR. Straight A ok.. :B Masa tu rupa saya cerah sikit je  dari Sivaji the Boss. Ke gelap lagi. Tak pasti. Tapi bak kata orang Jawa, "geseng betul".

Aktiviti sukan hoki ini berterusan ke sekolah menengah dan sampailah ke peringkat U. Totally stop hanya bila saya dah berumahtangga. Sekarang aktiviti sukan yang saya acapkali buat hanyalah angkat berat dan lumba lari. Angkat berat ialah bila tiap kali saya beli barang-barang dapur dari TESCO especially bila beli beras dan acara lumba lari bila saya dan anak-anak berlari dari lif ke pintu rumah kami. Itupun semput makcik dibueknyo.Hahaha.

Sukan memang buat  badan saya cergas dan tahan lasak tapi saya telah mengorbankan eset penting wanita yang saya dulu tak ambik peduli langsung, KULIT. Walaupun dah  tak segelap Sivaji the boss dah, tapi kulit saya masih kering di sendi2 seperti kulit , buku lali dan tangan. Kolagen saya dah berkurang akibat massive aktiviti di padang . Dah la umur makin banyak, sungguh tak membantu.

Jadi sejak setahun lalu, saya mulakan pengambilan Glowz, Gluta Prime dan supplement USANA. Glowz merupakan minuman kolagen, Gluta Prime merupakan Glutathione dan USANA merupakan pemakanan tambahan yang terbaik , "Potency Guranteed."

Cecair hidro kolagen penting sebabbanyak kebaikan pada rambut, kuku, ligamen, urat tendon, dan juga tulang. Minuman kolagen juga boleh di jadikan supplemen diet sebab ia boleh kawal selera makan kita. Saya dah ada 3 anak, berat badan saya tak pernah melebihi 54 kg. ( Kecuali masa raya hari tu naik 2 kg tapi dah turun balik dah. hihi ) Memang berat badan tak boleh turun sekali gus, tapi bila kita sabarkdan disiplin kawal ufood intake, mtesti boleh dapat ben