Kisah Air mata.
Ada satu cerita pasal air mata….
Dari Prof Madya Dr. Rusinah Siron,
“Puan, saya ni gunakan air mata
untuk dapat perhatian dan kasih serta kashihan suami pada saya. Sebab suami
saya tu lemah hati dan lemah semangat kalau tengok saya menangis. Tambah-tambah
lagi saya enjut-enjut bahu saya dan teresak-esak menangis, dia terus lemah dan
taku nak buat perangai. Baru dia tau kekuatan air mata saya”. Pulak dah! Air
mata sebagai senjata ya…..
Tapi
hati-hati takut senjata makan puan pula.
Ada lagi satu cerita yang suami dia terlupa beli hadiah hari
lahir sangat diinginkan isteri, isteri gunakan 2M iaitu MENANGIS & MERAJUK.
Suami tegur sikit, keluar lagi senjata 2M kita iaitu “MUNCUNG & MERAGAM”sampai
“puasa” si suami lahir batin.
Kasihan
suami tu, dok melayan kita menangis,merajuk,muncug & meragam.
Mula-mula dia seram sejuklah. Tapi
lepas tu, kerap sangat kita dengan 4M tu, hah! Dia pun buatlah projek 4K diat
tu, KELUAR RUMAH, pergi KEDAI MAKAN, pandu KERETA LAJU-LAJU (silap-silap bawa,
janda kita nanti) dan KAHWIN LAGI!, baru padan muka kita, dok asyik guna
senjata 4M tu, boleh tak kita lawan senjata suami yang 4K!.
Ladies, tak payah buang-buang air
mata, ceriakan hidup dengan 4P ya – POSITIF, PROAKTIF, PRODUKTIF &
PROGRESSIF dan elakkan senjata 4M tu.
Jadilah wanita yang ceria dan kurangkan airmata sayu dan derita tapi jika air
mata positif kerana bahagia dan Berjaya, keluarkan banyak-banyak ya.
No comments:
Post a Comment