♥ Mengekalkan
kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam
kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara
keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga
efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.
♥ Memulihkan masalah
kulit - Apabila kolagen
disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan
sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat
efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis
halus.
♥ Mencantik dan
menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting
untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium
merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen
menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah
pecah.
♥ Menegangkan payudara - Kesan kolagen
untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya
terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan
sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama
dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida
untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan
payudara.
♥ Menguatkan tulang - Penyatuan
kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang
kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah
osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen
yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan
kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan
sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan
kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan
juga dapat memperlambatkan osteoporosis.
♥ Mencerahkan kulit dan
mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan
mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif
dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan
mengurangkan pigmentasi.
♥ Melambatkan proses
penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk,
kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit
menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu
kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya alangkw@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-2498539 | add saya di FB healthylivingandhealthyhome untuk konsultasi percuma & tips kesihatan/kecantikan.
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
No comments:
Post a Comment